Flowerz..

Tuesday, June 25, 2013

Batu Hempedu..??!!!


Assalammualaikum smue..

Hye3x..!!! Ika nak tanye ni..korang penah dengar x pasal penyakit Batu Hempedu..??
Sure ade x taw kan..??? So,,
Pada sesiape yg x taw berkenaan dengan penyakit ni meh kite terjah sikit info tentang penyakit ni..

Fungsi hempedu adalah sebagai agen pembaur lemak yang dimakan..Cecair hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan sementara waktu di dalam pundi hempedu..Hempedu penting dalam proses penghadaman lemak makanan..pundi hempedu pula bertindak sebagai tempat simpanan hempedu..

Apabila pundi berkenaan tidak dapat mengecut dan mengeluarkan just hempedu di dalamnya akibat stasis atau just hempedu bertakung di dalam pundi berkenaan..hempedu yang bertakung tersebut akan menjadi lebih likat dan akhirnya akan membentuk batu-batu kecil dan keras..

Antara Simptom-simptom Batu Hempedu..
  • Rasa senak yg kronik disertai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen korang.

  • Kesakitan yg ddatang secara tiba-tiba,,konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yg teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen.

~..Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku..rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan..

~..Selalunya,,rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu,,akan menular ke belakang atau bahu kanan..

Selepas rasa sakit berkurangan,,seseorang mungkin mengalami rasa sakit yg sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih..Serangan batu karang hempedu tidak menentu..Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu,,berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya..Kalau korang nak taw..

  • Loya dan muntah..Kadangkala,,batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas..

Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera..ada ketikanya,,batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil..Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas..

Ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus,,mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis..Besar kemungkinan korang akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut..Jika tidak dirawat segera,,nyawa kite sendiri boleh terancam taw..!!!


Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis),,air kencing berwarna gelap,,demam panas dan sejuk..


"Jika korang mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu seperti sakit di bahagian abdomen,, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis),, air kencing yang gelap,, dan demam panas dan sejuk - sila dapatkan rawatan susulan dihospital ye korang..


"Korang perlu ingat bahawa ada waktunya,,korang akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk..Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum korang perasan perubahan warna itu..

Hah..tu jelah info yang Ika nak share kat korang..sape-sape yg perasan akan simptom-simptom tu Ika nasihatkan better korang pegi buat medical chek up..fikirkan kesan jangka panjang kawan-kawan..
Amalkan cara hidup yg sehat..okey..cekitout..!!! -_^


Meh cni tengok meh..




Sunday, June 23, 2013

Salam Perkenalan Semua...

Assalammualaikum Semua..

Hye..Anneonghaseyo..!!!
Taaaaaa Daaaaa...~




Nama diberi Nurul Atika Athma Binti Agus Salim..
Nak panggil Ika pape pun boleh..:)
Ika dilahirkan pada 30 Januari 1991..
Kat Negeri Sarawak Bumi Kenyalang..
Tapi Ika membesar kat Negeri Sembilan Darul Khusus..hihi..
Now Ika study kat UiTM Sarawak Kampus Samarahan..
Dalam pengajian Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat..
Ika suka habiskan masa main bowling,,dodgeball or badminton dengan kawan-kawan..
And berpengakap bersama Pasukan Pengakap Kelana "A" Seremban Timur..

Blog Ika simple and sempoi..
And Ika akan share dengan korang semue tentang info-info yg menarik
Story Mory and whatever I want to story..hehe..
stay tune buddyz..